Air Bandung


Air Bandung

Bahan-Bahan:
Bahan A (Sirap)
Pewarna Merah
Gula Pasir
Daun Pandan
Air 
Sedikit garam
Satu tin susu cair
Sebotol air soda
Cara:
Untuk membuat sirap, campurkan gula pasir, pewarna merah, daun pandan dan air secukupnya. Untuk menghasilkan sirap yang lebih baik, pastikan ianya pekat, merah dan cukup manis. Bancuh susu cair bersama sirap (mengikut sukatan yang diperlukan). Kacau sehingga sebati. Campurkan air soda ke dalam bancuhan susu dan sirap. Semasa proses ini, anda perlu mengacau supaya susu tidak pecah. tambahkan secubit garam dan kacau lagi. Sedia untuk dihidangkan. Tambah ais untuk sejuk.
Cadangan Hidangan:
Lebih banyak air soda lebih sedap.

Comments

Popular Posts